Sunday, July 7, 2013

Bab 7 : Perjalanan Nenasi Ke Kuantan

Bab 7
Perjalanan Nenasi Ke Kuantan
Setiap pagi jam 7.00 pagi aku sudah keluar dari rumahku di Nenasi menuju ke tempat kerja ku di kuantan. Jarak perjalanan lebih kurang 93km sehala dan sehari aku menempuh perjalanan hampir 186km. Walaupun begitu bukan hari-hari aku berulang-alik dari nenasi ke kuantan. Jadual aku setiap hari Isnin – Rabu semestinya berulang-alik. Malam Khamis dan Jumaat biasanya aku akan tidur di Maahad Tahfiz Darul Izzah di Bandar Damansara Kuantan.

Paling lewat aku akan keluar dari rumah adalah 7.20. Kalau lewat dari itu sudah pasti kehadiran ku ke pejabat memang lewat. Perjalanan dari Nenasi di awal pagi, amat tenang, menyusuri 

Bab Satu : SK Lembah Klau Raub Pahang.

Bab Satu
SK Lembah Klau Raub Pahang.
Sebaik sahaja aku mendapat tawaran dari laman website www.moe.gov.my yang menyatakan , Tahniah!  Permohonan anda telah berjaya, dan anda ditempatkan di SK Lembah Klau Raub Pahang. Alhamdulillah aku berjaya menjadi guru J-Qaf akhirnya. Walaupun begitu perasaan gelisah amat-amatlah menghantui diri ku samada menerima atau tidak, taka pa , ini telah dihuraikan dalam bab yang lepas.
Setelah berkursus selama 2 minggu di IPTAA (Institut perguruan Tengku Ampuan Afzan) di Kuala Lipis Pahang, aku mula hadir dengan orang tua ku untuk mencari rumah sewa di Felda Lembah Klau, masihku ingat lagi dialog ayah ku .
“ Aziz, Nasib awakla duduk dalam hutan ini ya” , semacam bunyi nada cabaran kepadaku, aku tersenyap dan redha sahaja dengan cabaran dari ayah ku ini. Ayah pun menceritakan pengalamannya mengajar di felda lembah klau. “Ayah dulu ada kuliah maghrib yang tetapi disini tak salah sebulan sekali, nanti kirim salam lah kepada siapa yang kenal”. 

Sampai sahaja di sekolah aku disambut oleh guru GPK Hem Ustazah ? dan menyatakan ada rumah guru kosong dan dia telah memberitahu guru besar untuk penempatan sementara ku disana. Untuk 3 bulan pertama ini, aku tidak membawa isteri ku ke Lembah Klau. Se awal jam 7.15 pagi aku sampai di pejabat menunggu untuk mendaftar diri kali pertama sebagai guru JQaf, bersama ku Ustazah Nur Hidayu Puniran yang juga ditugaskan di sini. Dipendekkan cerita kami mengisi buku lapor diri dan mengambil buku rekod mengajar dan diajak untuk melawat persekitaran sekolah lembah klau. 

Friday, July 5, 2013

Bab 29 : Menjadi Tutor

Bab 29
Menjadi Tutor
Pengalaman aku menjadi tutor amat unik, apanya tidak setelah aku begitu boring (jemu) setelah agak-agak tidak dapat tawaran di salah sebuah university menjadi pensyarah aku mula memohon untuk menjadi tutor di OUM itu pun hanya melalui online sahaja. Setelah enam bulan tiada berjawapan sekali lagi aku melihat kepada online dan menhantar sekali lagi segala dokumen ke pusat pembelajaran OUM di kuantan.  Akhirnya aku mendapat jawapan bahawa aku berjaya untuk mendapat tawaran tutor itupun setelah aku berhubung dengan pusat pembelajaran dikuantan. Setelah mendapat temujanji aku di temuduga oleh Dr.Izani (dulu belum dapat Dr. lagi).
            “Ustaz, setuju dan benar-benar ingin menjadi tutor ke dekat sini?” Dr. Izani bertanya. Aku hanya menjawab “ Insyallah en.Izani, saya akan cuba sebaik yang mungkin” . Dia tersenyum dan membalas “ Tapi ustaz ini duduk jauh , tak pe ke Ustaz , macam tak berbaloi je, takpe lah saya akan cuba ‘adjust’ untuk bagi 2 subjek kat ustaz sekurang-kurangnya biarlah berbaloi bila datang dari jauh ni”. Dalam hati, aku berkata ‘fuh, nasib baiklah en.izani ni faham ‘ , lalu aku menyambung “ Takpe en.Izani kami dah biasa jalan jauh….yang penting saya mahukan pengalaman mengajar yang berbeza”
Kami berbual mengenai anak-anaknya yang menuntut di mesir dalam bidang perubatan, tentang kelayakanku, dokumen-dokumen langsung tidak ditanya. Memang lah en.Izani ini sempoi betul, sehinggakan tidak terasa bahawa sesi ini adalah sesi temuduga.
Setelah mendapat surat tawaran, pelantikan melalui sistem online, segala bahan-bahan pembelajaran seperti jadual, borang tuntutan dan lain-lain diuruskan melalui online. Aku hanya mengajar mengikut silibus yang dibekalkan tetapi cara mengajar adalah bebas. Aku mengajar pada hari Sabtu dan bermulalah perjalanan aku mengajar di OUM kuantan.
Pada awalnya aku mengajar bagi program SIMP iaitu program pengijazahan guru diploma Kementerian Pelajaran Malaysia. Dulu, aku teringin sangat hendak mengajar cikgu-cikgu dan sekarang adalah peluang aku mengajar, Alhamdulillah aku rasakan impian ku sudah tercapai. Mengajar orang-orang dewasa sedikit mencabar, mereka sudah ada pengalaman cuma bagi mereka inginkan garis panduan akademik sahaja. Jadi pendekatan aku hanya lah melalui rakan sembang dan penolong kepada rakan-rakan sahaja. Alhamdulillah mereka banyak bertanya dan mengeluarkan pandangan dan pengalaman-pengalaman semasa mereka bertugas. Alhamdulillah di akhir semester, ramai yang berjaya dalam peperiksaan mereka. Mudah-mudahan mereka menjadi guru yang cemerlang di dunia dan di akhirat, yang sebenarnya aku pun tidaklah pandai sangat mengajar,cuma berkongsi pengalaman diantara satu sama lain.
Pada semester yang berikutnya, aku ditawarkan untuk mengajar bagi subjek Qawaid Fiqh, subjek ini memang agak mencabar, walaupun dipondok aku mengajar subjek ini bagi pelajar pondok tapi untuk membawa subjek ini kepada orang-orang yang tidak biasa memang agak mencabar. Siapa ya yang mengambil subjek ini.? Di hadapanku, guru guru agama di sekolah menengah agama dan ada juga pegawai pegawai di jabatan agama Islam. Rasa segan timbul juga dalam hati ku,


Sunday, June 2, 2013

Malaysian Speak Arabic


Model Ekonomi Halal

MODEL PENGURUSAN EKONOMI HALAL : SIMULASI PEMBANGUNAN SUKUK IJARAH DALAM WAKAF PENDIDIKAN TINGGI
1.0       PENGENALAN
Ekonomi halal memberi makna kepada apa-apa sahaja produk, perkhidmatan dan sistem kewangan yang berasaskan kepada konsep halal. Halal dalam Islam bermaksud : Apa-apa sahaja produk yang dibenarkan penggunaannya dalam Islam seperti makanan yang bersih (tidak najis), yang disembelih, bebas dari riba dan gharar (penipuan) dan perkara-perkara yang tidak pasti (syubhah). Ini berdasarkan kepada quran dalam  ayat 169 surah baqarah dan hadis nabi yang diriwayatkan oleh al-hakim : Nabi berkata kepada sa’ad perbaikilah makanmu, akan mustajab doamu, hamba yang memakan daripada yang haram tidak diterima amalannya 40 hari, mana-mana hamba yang makan dari daging yang haram dan riba maka nerakalah tempat yang lebih utama (Fahrul Irfan Ishak,2011)
      Barangan halal di kalangan umat Islam telah lama ada, namun ekonomi halal yang menggabungkan tatacara halal dan perekonomian masih baru. Bagi merealisasi ekonomi halal, halal hub dilaksanakan, diantaranya Malaysia. Malaysia telah memperkenalkan standard MS1500:2004 bagi produk-produk halal dan potensi bagi industry halal boleh digambarkan seperti rajah dibawah:
 Potensi produk-produk halal ini memerlukan dana-dana pelaburan yang menepati syariah yang digunakan bagi pembangunan produk-produk halal. Ini bertepatan dengan tujuan kewangan Islam yang memperaku aset pendasar yang menjadi asas kepada kewangan semestinya halal dan bermanfaat kepada manusia (Nik Maheran,2009).
Model pengurusan ekonomi halal secara umumnya kembali kepada model Quran dalam aktiviti ekonomi yang di istilahkan sebagai plan utama penciptaan manusia. Dalam pelan ini, manusia dikenali sebagai pengguna yang diuji samada melakukan kebaikan atau kerosakan di muka bumi ini. Seterusnya pelan ini dikenali sebagai ekonomi yang memperlihatkan kesyukuran sebagai modelnya (Mohammad E. Biraima,1991). Theory of Reasoned Action (TRA), Theory of Planned Behavior (TPB), Technology Acceptance Model (TAM) dan Triandis Model  telah digunakan dalam pelbagai bidang bagi mengukur dan mengenalpasti gelagat pengguna dan keputusan yang dibuat oleh mereka dalam aktiviti ekonomi. Dalam kajian yang dilakukan oleh  Nazahah Abd. Rahim  dan Sutina Junos (2012) mendapati bahawa teori TPB sesuai sebagai model pengurusan gelagat pengguna Islam. Kajiannya  mendapati bahawa produk-produk halal dipengaruhi oleh niat dan  sikap mereka. Oleh itu, untuk mendorong pengguna mencuba dan terlibat dalam ekonomi halal tumpuan pada faktor motivasi mencari halal adalah amat penting.
Walaubagaimanapun, ekonomi halal masih lagi tertumpu kepada produk dan bukannya sebagai satu proses dan integrasi diantara barangan dan perkhidmatan kewangan. Bahkan di Malaysia, produk-produk halal yang dimaksudkan adalah lebih kepada produk-produk kepenggunaan. Oleh yang demikian model perniagaan halal perlu diperluaskan kepada pelbagai industri, termasuklah perniagaan hartanah dan pendidikan. Untuk mencapai matlamat itu, sistem informasi yang canggih perlulah dibina bagi memudahkan urusan. Model ekonomi halal juga perlu memandangkan kepada elemen kebajikan seperti model waqaf yang memperuntukkan kebajikan dalam sistem ekonomi.
Oleh yang demikian, industri halal bukan sahaja melibatkan barangan dan produk perkhidmatan yang ditawarkan halal tetapi ia mestilah memperlihatkan tujuan ekonomi Islam itu sendiri sebagai menjaga kebajikan semua pihak agar ia selari dengan konsep kesyukuran terhadap Allah swt. Sehubungan dengan itu bidang hartanah dan pembangunan model waqaf pendidikan tinggi boleh dimasukkan dalam kerangka industri Halal yang boleh membuka lembaran baru dalam perekonomian Halal, memandangkan kedua-duanya adalah faktor penting dalam sumber ekonomi. Bagi menjayakan proses memadankan faktor dana (modal) dan perniagaan benar dalam kedua sektor ini, alat-alat kewangan diperlukan bagi membangun sebuah model pengurusan ekonomi halal.
Diantara alat kewangan Islam yang dikenalpasti sebagai model pemadananan hartanah ialah Sukuk Ijarah. Ia ialah alat kewangan Islam yang boleh dijual-beli dan ditebus apabila sampai tempoh matang. Ia diterbit dengan mengenal aset pendasar yang boleh dijual beli bagi menjayakan pensekuritian ini. Pemilik aset akan menyewakan aset kepada SPV iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkan bagi menguruskan harta aset. Aliran tunai sewaan diantara keduanya akan ditulis dan diterbitkan oleh SPV bagi menarik pelaburan daripada pelabur dalam bentuk hakmilik unit yang tidak boleh dipecahkan. Diakhir sewaan pemilik aset akan membeli aset dari SPV dan seterusnya pelabur boleh mendapat hasil pelaburan dari jual beli tersebut (Mohd Hashim Kamali, 2007) Gambar rajah dibawah menerangkan dengan lebih lanjut bagaimana proses penerbitannya berlaku .







 Sukuk Ijarah boleh dipelbagaikan melalui pelbagai teknik ijarah atau teknik sewaan Islam yang dibenarkan oleh Majlis Penasihat Syara’. Diantaranya, pure-ijarah (sewaan sebenar) seperti dalam Sukuk BNM yang memberikan sewaan sebenar dan bukannya sewaan kewangan, konsep ijarah bi mutahiya tamlik (sewa beli) yang boleh dijual beli pada pihak ketiga . Sukuk Ijarah Mausufah Fi Zimmah pula seperti Sukuk PLSA dimana transaksi mudarabah digunakan untuk membina jalan dan mendapat keuntungan daripada kutipan tol  serta transaksi sewaan aset-aset yang dibina. (Muhd Azizur Rahman Ramli, 2010).
Pengertian sukuk wakaf secara ilmiahnya tidak ditulis oleh para ulama terdahulu, secara amnya sukuk wakaf adalah sukuk atau sijil pelaburan Islam yang digunakan untuk tujuan wakaf. Hasil daripada keuntungan sukuk ini dipulangkan kepada mereka yang berhak. Walaubagaimanapun, terdapat perselisihan pendapat tentang hukum mewakafkan wang tunai dan aset-aset kewangan (Kamal Taufiq Hatab, 2006) 
Kesimpulannya Sukuk Ijarah ialah produk halal yang boleh dijadikan sebagai model pengurusan pemadanan modal halal dan perniagaan hartanah yang berpotensi tinggi dalam sektor industri halal. Walaubagaimanapun produk Sukuk Ijarah yang memadankan produk halal hartanah dan nilai kebajikan masih lagi tidak ditemui dalam pasaran. Oleh itu perlunya produk yang menggabungkan ciri-ciri aset pendasar, model pengurusan dan nilai-nilai kebajikan dalam satu model pengurusan ekonomi halal.
2.0 PEMBANGUNAN WAKAF PENDIDIKAN TINGGI
Satu artikel yang ditulis oleh Asmak Abd Rahman (2009), wakaf ialah suatu bentuk penyerahan harta sama ada secara (sorih) terang, atau (kinayah) sisndirian, dimana harta berkenaan ditahan dan hanya manfaatnya sahaja yang diaplikasikan utnuk tujuan-tujuan kebajikan sama ada berbentuk umum mahupun khusus. Dari segi istilah ia bermaksud menahan sesuatu harta seseorang untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Harta yang diwakafkan hendaklah berada dalam keadaan yang baik, kekal dan tujuan ia melakukan wakaf adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah wt dan member kebajikan kepada orang lain. Dalam pelaksanaan wakaf terdapat empat elemen untuk menjadikan wakaf itu sah dan terlaksana iaitu pewakaf, penerima wakaf, harta yang diwakafkan dan lafaz wakaf.
Terdapat dua kategori wakaf yang boleh diwakafkan iaitu harta tak alih (hartanah) dan harta alih (buku, sejadah). Di Malaysia, pihak yang menguruskan harta wakaf, membangun, menyelenggarakan serta melabur harta wakaf supaya berkembang di amanahkan kepada Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji. Jabatan ini mempunyai unit-unit di jabatan dan majlis agama Islam  di setiap negeri di Malaysia. Fungsi jabatan dan unit ini adalah menyelenggarakan dan mentadbir harata wakaf dengan baik sesuai dengan fungsi majlis sebagai pemegang amanah kesemua wakaf termasuklah menerima dan menyelaras hasil-hasil wakaf. Saham wakaf pula bermaksud mewujudkan suatu wakaf musytarak (berkelompok) melalui sumbangan yang diterima daripada masyarakat ke dalam satu tabung amanah wakaf yang mana akan ditukarkan kepada harta kekal yang dinamakan badal atau ganti wang. Pada masa ini peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi dapat dilihat di seluruh dunia. Contohnya di Singapura 170 ribu pekerja Islam membuat caruman dalam skim wakaf dan dapat mengumpul sebanyak 6 juta setiap tahun.
John K.Baragg (2010) pula mendapati bahawa terdapat dua kategori wakaf  yang di amalkan di pemerintahan othmaniah. Kategori pertama, harta wakaf sebenar (true foundation property) iaitu seperti aset hartanah, bangunan dan aset tak alih. Kedua, yang dinamakan mustaghallat ialah aset yang digunakan sebagai sandaran bagi mendapatkan  pinjaman tunai dimana ia digunakan untuk membiayai penyelenggaraan harta-harta wakaf. Pinjaman ini menyamai dengan konsep bon moden pada masa kini. Beliau juga mendapati bahawa peranan pinjaman yang didapati daripada harta-harta wakaf ini boleh diguna untuk membiayai projek-projek perniagaan dan pekedai runcit.
Di USA ada empat jenis model pengurusan endowment bagi membangunkan pendidikan tinggi. Model tersebut menggunakan sepenuhnya pengurusan konsultasi, melantik syarikat luar bagi mengendali dana dan menggunakan latihan dalam pejabat untuk menguruskan dana endowment ini. Sean Jenkins (2008) mengkaji bagaimana dana-dana sumbangan bagi pendidikan (education endownment) diamalkan di beberapa university dan mendapati bahawa setiap university yang mempunyai dana seperti ini akan diuruskan dan digunakan bagi membeli saham-saham, bon-bon dan dana pelaburan yang boleh didapati dari pasaran modal. Dana-dana ini amatlah berkembang secara drastic contohnya dana university Michigan berjumlah USD 106 juta dan lima tahun selepasnya ia berkembang kepada USD 203 juta. Ini menunjukkan kejayaan pengurusan dana melalui strategi yang disebut diatas.
Robert Louise Stantan McElhaney (2010) mendapati dua sumber pendapatan institusi pendidikan tinggi awam iaitu geran dari kerajaan dan yuran pengajian. Beliau mendapati bahawa definisi dana endownment ialah : Dana yang didapati dari wang tunai, aset kewangan, atau aset yang mempunyai aliran tunai bagi membiayai organisasi yang bukan berasaskan keuntungan. Penggunan aset adalah berbentuk bersyarat, bebas dan spara bebas. Secara keseluruhan dana ini didapati dari penyumbang-penyumbang yang menyumbang secara tetap. Berdasarkan kepada FASB, true endownmet adalah sumbangan yang diberikan oleh penyumbang yang menghadkan penggunaannya yang tertentu sahaja. Mana-mana lebih dari sumbangan boleh dilaburkan dalam bagi tujuan pengembangan dana. Pendapatan endownment dikira dari dividen stok, bunga bon, royalti dan pendapatan-pendapatan dari aset kewangan.
Di antara contoh wakaf pendidikan di Malaysia yang melibatkan institut pengajian tinggi ialah IIUM Endownment Fund . Dana wakaf ini bertujuan untuk menerima aset,wang tunai, saham dan aset-aset kewangan dalam negara dan luar negara yang akan digunakan untuk membiayai biasiswa, pinjaman dan urusan pengembangan dana seperti aktiviti pelaburan. Terdapat empat aktiviti utama bagi tujuan pengembangan dana, iaitu kutipan derma korporat, kempen wakaf, program kafalah dan hasil yang diperolehi dari perniagaan. Daripada keempat-empat cara yang digunakan, sumbangan korporat dan hasil perniagaan menjanakan sumbangan yang terbesar. Dana wakaf ini diantara tahun 2000 sehingga 2004 berjumlah RM 17.6 juta. Walaupun begitu pencapaian dan hasil dana tidak stabil dari tahun ke tahun dimana hasil dari aktiviti-aktiviti naik turun. Diantara halangan dan cabaran dalam wakaf pendidikan ialah salah faham tentang pengurusan dana sadaqah dan sumbangan. Dana-dana ini bercampur diantara konsep zakat dan wakaf menyebabkan masyarakat salah faham tentang pengurusan bagi dana wakaf.(Mohamad Akram Laldin, 2012)
Pembangunan wakaf pendidikan tinggi bukan sahaja dibina di atas modal halal tetapi semestinya suasana yang diperlukan mestilah halal. Wan Sahida dan Suhaimi Ab Rahman (2011) mendapati bahawa premis dan perniagaan halal seperti perniagaan hotel perlu juga halal. Iaitu dengan menyediakan makanan halal, pekerja-pekerja mesti memakai pakaian yang menutup aurat, mempunyai fasiliti yang menyediakan kemudahan pengasingan kedua-dua gender, penekanan kepada solat dan tidak mempunyai unsur-unsur haram seperti kelab malam.
Kesimpulannya, pendidikan tinggi memerlukan modal  yang tinggi dan ia memerlukan produk kewangan dan premis yang halal. Walaupun waqaf dikenal pasti sebagai instrumen kebajikan Islam, namun harta waqaf masih lagi beku dan tidak digunakan sepenuhnya. Terkadang ada juga harta yang hendak diwakaf yang bukan statusnya halal seperti hotel yang tidak menepati syariah. Oleh itu, perlunya produk kewangan yang boleh mencairkan harta yang beku kepada tunai dan juga perlu dipastikan harta waqaf ini adalah halal dan bukannya datang daripada unsur-unsur yang haram..

3.0 SIMULASI SUKUK DAN PEMBANGUNAN ASET WAKAF PENDIDIKAN TINGGI
Bagi membangunkan aset wakaf, Zulkifli Hassan (2007) mendapati tanah wakaf di Malaysia berjumlah 20,735.61 ekar dan negeri Johor merupakan negeri yang mempunyai tanah wakaf yang terbanyak. Beliau juga produk kewangan berasaskan ekuiti seperti musyarakah dan mudarabah  yang boleh dijadikan sebagai instrumen bagi membangunkan tanah wakaf di Malaysia, seperti yang berlaku di Pulau Pinang dimana Majlis Agama Islam Pulau Pinang telah membangunkan 36 unit rumah dengan syarikat pembangunan JKP Sdn.Bhd di atas tanah wakaf berasaskan konsep musyarakah. Hasil keuntungan dari penjualan rumah itu akan dikongsi bersama diantara pemaju dan Majlis Agama Islam. Beliau juga mencadangkan agar aset tanah wakaf ini dijadikan sebagai aset pendasar dalam membangunkan sekuriti Islam atau sukuk bagi membangunkan projek-projek hartanah diatas tanah wakaf yang memberikan keuntungan ekonomi.
Konsep musyarakah atau konsep venture capital boleh dijadikan sebagai contoh bagaimana instrumen kewangan moden boleh membangunkan tanah wakaf. Tunku Alina (2012) mendapati bahawa dana wakaf boleh dilabur dan dikembangkan melalui konsep venture capital atau musyarakah. Beliau juga mencadangkan agar model Enterprise Waqf Fund diperkenalkan. Model ini distruktur berdasarkan tiga idea iaitu wakaf tunai, sumbangan korporat dan modal teroka. Konsep venture capital (modal teroka) adalah aset tunai yang digunakan dalam bentuk saham dalam syarikat modal teroka. Fasa pertama pelaksanaan model ini ialah dengan mengumpul wang tunai dan menjadikan saham serta instrument kewangan kepada aset tunai wakaf. Fasa kedua, ialah dengan melaburkan wang yang terkumpul dalam pasaran dan dalam instrument microfinance. Beliau juga merumuskan model ini boleh dilaksanakan, namun ia perlu dibangunkan dengan tenaga professional dan mempunyai pentadbiran yang baik.
Bagi membangunkan tanah wakaf secara moden selain dari konsep (EWF), aset wakaf boleh dibangunkan melalui pensekuritian. Pembangunan aset wakaf melalui sukuk mempunyai potensi yang besar, namun di Malaysia ia masih belum betul-betul dibangunkan. Setakat ini, Saudi Arabia dan Singapura telah menerbitkan sukuk intifa dan musyarakah dalam pembangunan aset wakaf. Abul Hassan (2010) mencadangkan aset wakaf boleh disekuritikan melalui sekuriti iaitu Sukuk Musyarakah. Proses pensekuritian aset wakaf boleh diringkas melalui rajah dibawah :
Kesimpulannya model Sukuk atau pensekuritian Islam boleh dilakukan bagi mencairkan dana wakaf yang beku. Dari sudut kestabilan pasaran Sukuk,  simulasi yang dijalankan oleh Nur Azura Sanusi (2012) yang mengumpulkan  data sukuk pada siri masa diantara 2001 – 2008 mendapati bahawa wujudnya kestabilan pasaran sukuk dalam pasaran modal islam di Malaysia dan mencadangkan agar penerbitan sukuk ditambah. Walaubagaimanapun oleh kerana hingga kini masih tiada lagi produk kewangan yang berasaskan harta waqaf, maka menjadi keperluan bagi melakukan simulasi-simulasi dan menguji model-model baru bagi dicadangkan sebagai produk kewangan Islam yang menggabungkan ciri-ciri model pengurusan halal dan nilai kebajikan.
Kadar Keuntungan / Sewa
 
Pelabur
 
Saham
 
Oleh yang demikian itu penulis mencadangkan agar dibangunkan model pembangunan Sukuk Ijarah dalam waqaf pendidikan tinggi. Ia boleh dilakukan dengan dengan menggabungkan struktur Sukuk Ijarah Mausufah fi Zimmah dengan struktur wakaf pendidikan. Seterusnya model Sukuk Ijarah ini dijadikan sebagai Sukuk Waqaf. Bagi menguji keberkesanan model ini dalam pembangunan ekonomi halal, program simulasi digunakan untuk mengukur potensi dan keberkesana bagi tempoh masa akan datang. Model tersebut  boleh digambarkan seperti dalam rajah dibawah.:
 






Dalam model ini, ia dibina dengan dengan menggunakan kaedah BOT (Build Operate and Transfer), penerbit Sukuk boleh menggunakan modal tunai dan aset sebagai aset pendasar kepada dana awalan kepada pembinaan dua aset waqf iaitu aset perniagaan yang digunakan sebagai operater dan aset pendidikan / kampus. Aset perniagaan dan aset pendidikan  dibina melalui kontrak mudarabah selepas selesai kontrak mudarabah kontrak ijarah digunakan bagi mendapatkan dana tambahan bagi operasi kedua-dua aset perniagaan dan pendidikan. Pelabur akan mendapat pulangan daripada hasil sewaan dan perkongsian modal. Penerbit akan membayar pulangan keuntungan daripada perniagaan yang dilakukan. Walaubagaimanapun, sebahagian daripada pulangan kepada pelabur akan dimasukkan kedalam portfolio waqaf. Portfolio ini akan digunakan bagi membeli saham dan produk produk kewangan yang dapat menjana keuntungan. Diakhir tempoh matang sukuk, penerbit akan membayar keseluruhan jumlah pulangan dan memberikan pilihan kepada pelabur samaada untuk mewaqafkan semuanya sebahagian atau sebahagian kecil dalam projek waqaf.
Oleh kerana sukuk seperti ini belum diaplikasikan dalam mana-mana projek waqf, penulis menggunakan program simulasi bagi menjangka pulangan, masalah yang dihadapi dan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dalam projek waqaf dan fungsinya dalam pengurusan ekonomi halal.